Islam dan Yahudi

“Hadirnya Islam menempis semua halangan serta batasan dalam hidup manusia. Islam tidak mementingkan perbezaan warna kulit, perbezaan saiz badan serta melebihkan sesuatu bangsa daripada bangsa lain. Islam datang dengan membawa petunjuk dan pedoman kepada seluruh manusia. Oleh yang demikian, Islam boleh tersebar serta diterima oleh seluruh manusia, kerana keterbukaan yang ada dalam Islam itu sendiri. Sebagaimana artikel yang dikarang oleh mantan Mufti Perlis, iaitu:

Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia. Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi dan menghukum hanya kerana perbezaan agama.

Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan Yahudi atau beragama Yahudi. Permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi Muhammad SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka.

Dalam sejarah Nabi SAW; baginda mempunyai isteri yang merupakan seorang Yahudi iaitu Safiyyah binti Huyai.

Sahabat Nabi SAW yang dianggap ilmuwan ‘Abdullah bin Salam, juga seorang Yahudi. Baginda Nabi SAW dalam urusan muamalat pernah menggadai barang kepada Yahudi.

Baginda juga menziarahi Yahudi yang sakit.

Ini menunjukkan kita boleh berbuat baik kepada Yahudi atas dasar persahabatan yang tidak mengkhianati Islam atau atas asas dakwah. Bahkan Al-Quran dalam Surah al-Maidah membenarkan perkahwinan dengan wanita Yahudi dan Kristian yang dikatagori sebagai Ahlul Kitab.

Maka, kenyataan yang menyatakan bahawa kita boleh berurusan Yahudi yang tidak menzahirkan permusuhan kepada umat Islam, adalah benar.

Adapun yang memerangi Islam, maka dia dimusuhi tanpa mengira apapun agamanya.

Firman Allah: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)

Ayat di atas menjadi asas urusan antara muslim dan agama lain.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah felo pelawat OCIS, Oxford dan bekas mufti Perlis.

                 Islam yang menjadi asas dakwah dalam hidup nabi tidak pernah membenarkan sebarang penindasan diatas nama kaum.   Jika ditinjau di dalam sejarah, Islam adalah agama dari Allah Subhanahu Wataala datang ke bumi melalui Nabi Muhammad S.A.W. yang berbangsa Arab.   Sekalipun berbangsa Arab, namun di tengah-tengah sikap orang-orang Arab yang berbangga dengan darah keturunan, Islam tetap diterima dengan baik oleh bangsa-bangsa selain Arab.   Sejarah membuktikan munculnya sahabat-sahabat Nabi seperti Salman yang berbangsa Parsi, Bilal yang berbangsa Habsyi dan Syuaib yang berbangsa Rom. Demikianlah Islam tidak pernah memandang perbezaan darah dan warna kulit sebagai satu isu yang penting.

               Islam mengiktiraf kemuliaan setiap manusia tanpa mengira etnik.  Oleh itu, tidak boleh berlaku perbezaan atau penafian hak berdasarkan perbezaan kaum.   Manusia secara fitrah dijadikan Allah dalam bentuk, kelompok dan budaya yang berbeza dan semua mesti menerima dan menghormati kepelbagaian dan perbezaan itu sebagai satu lumrah dan hukum alam yang akan terus berlaku.  Kepelbagaian dan perbezaan itu bukanlah faktor untuk berpecah belah dan bermusuhan.  Seharusnya amalan hidup yang kenal mengenal dan membantu antara satu sama lain agar kedamaian dan kemakmuran hidup bersama dapat dicapai. Dalam hal ini, pendirian saya bahawa kita semua adalah berasal dari satu bapa namanya Adam dan satu ibu yang namanya Hawa. Justeru, kita semua bersaudara dan mana mungkin sesama saudara boleh menindas antara satu sama lain.

Advertisements
By muhamadfarel Posted in Dakwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s