Pelajar Islam Kini

Hari ini, Islam dilihat sebagai suatu perkara yang berpengaruh dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Oleh yang demikian, tempat-tempat pengajian Islam mula menjadi tumpuan untuk mereka yang dahagakan ilmu ukhrawi serta duniawi.

Tambahan pula, kini pelajar-pelajar daripada aliran agama mampu menyaingi pelajar daripada aliran konvensional. Ini kerana kesedaran serta kemodenan yang dibawa para Ilmuwan Islam yang menjadi tenaga pengajar di sekolah-sekolah agama. Sehingga kini, ramai pelajar daripada aliran agama menceburi dalam pelbagai bidang seperti automotif, pentadbiran, mekanikel dan lain-lain.

Hal ini meningkatkan lagi pengiktirafan masyarakat setempat terhadap golongan agamawan. Kini, muncul istilah PROTAZ yang membawa erti profesional ustaz, mereka ini bukan sahaja alim dalam bidang agama, namun alim dalam pelbagai bidang yang diceburi. Ustaz ini bukan sahaja mampu berceramah perihal agama namun mampu juga untuk berceramah tentang psikologi, nadir bumi, perubatan dan selainnya.

Sebagai contoh, USIM sebagai sebuah Universiti yang berasaskan Islam kini telah melahirkan golongan tersebut. Graduan daripada USIM bukan sahaja alim dalam bidang syariah namun alim juga dalam bidang perundangan sivil. Mereka juga bukan sahaja alim dalam bidang Bahasa Arab namun mampu juga menjadi wartawan, yang mana golongan inilah yang akan merubah atmosfera Malaysia nanti.

Lambang USIM

Disamping mereka belajar ilmu-ilmu agama, mereka juga dituntut untuk belajar ilmu-ilmu global. Program-program pengajian yang ditawarkan di sana juga menggabungkan pelbagai bidang agama dengan bidang-bidang kontemporari contohnya, Program Al-Quran dan multimedia, Bahasa Arab dan komunikasi.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

InsyaAllah, penulis berharap golongan pelajar Islam yang lahir nanti akan mampu merubah bentuk perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama berusaha untuk menggapai cita-cita itu, ia bukan hanya tuntutan daripada ulamak Islam namun sebenarnya ia adalah tuntutan dalam ajaran Islam itu sendiri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s