Mengundi dalam Pilihan Raya Umum, memilih pemimpin adalah satu kewajipan

             Sebagaimana yang kita tahu, Islam menekankan serta menitikberatkan soal memilih pemimpin agar urusan dunia muslim berada dalam suasana yang selari dengan Islam. Oleh yang demikian, Islam menetapkan syarat-syarat tertentu yang mesti dipenuhi dalam proses pemilihan pemimpin. Maka, mengundi dalam pilihan raya juga adalah salah satu proses memilih pemimpin yang mesti disertai oleh setiap muslim. Sebagaimana berita yang dilaporkan oleh BeritaHarian pada 26/4/2012, bertajuk “Lebih 2.27 juta daftar sebagai pengundi baru”.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lebih2_27jutadaftarsebagaipengundibaru/Article

Continue reading

“..Saya Menyokong Free Education..”

Sebagai mahasiswa yang masih menuntut di IPT, saya menyokong penuh tindakan sekumpulan mahasiswa untuk menggesa kerajaan agar menghapuskan PTPTN. Seterusnya menggantikannya dengan Free Education kepada semua peringkat pengajian. Ini kerana ia memberi peluang yang lebih besar kepada semua rakyat terutamanya pelajar yang tiada kemampuan untuk meneruskan pembelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.

Continue reading

FaceBook Menjadi Kegilaan Remaja Kini

           

            “Facebook” merupakan laman sosial paling popular dalam kalangan remaja sekarang. “Facebook” bertujuan untuk memudahkan penggunanya berhubung secara lebih aktif dengan semua sahabat-sahabat dan ahli keluarga mereka serta berkongsi gambar-gambar yang dimuat turun dalam laman sosial itu. Pengguna juga boleh menyuarakan pandangan serta komen yang melambangkan pendirian mereka terhadap sesuatu perkara. Itu menepati citarasa fitrah setiap manusia, yang mana ia menjadi factor utama “Facebook” menjadi laman social pilihan masakini.

Continue reading

By muhamadfarel Posted in Dakwah