FaceBook Menjadi Kegilaan Remaja Kini

           

            “Facebook” merupakan laman sosial paling popular dalam kalangan remaja sekarang. “Facebook” bertujuan untuk memudahkan penggunanya berhubung secara lebih aktif dengan semua sahabat-sahabat dan ahli keluarga mereka serta berkongsi gambar-gambar yang dimuat turun dalam laman sosial itu. Pengguna juga boleh menyuarakan pandangan serta komen yang melambangkan pendirian mereka terhadap sesuatu perkara. Itu menepati citarasa fitrah setiap manusia, yang mana ia menjadi factor utama “Facebook” menjadi laman social pilihan masakini.

            Realiti, bahawa dakwah Islam merupakan kewajipan yang tergalas di atas bahu setiap muslim. Dakwah boleh dilakukan melalui pelbagai uslub (cara) dan wasilah (medium). Dakwah boleh disampaikan dengan cara berkhutbah, berbual-bual, mempamerkan tingkah laku yang mulia, dan sebagainya. Namun, perkembangan teknologi informasi masa kini serta cabang pengkhususan teknologi kini begitu pesat dan pantas menyebabkan manusia tidak perlu lagi bersusah payah mengirim surat untuk berkomunikasi, berjumpa untuk melihat rupa, ataupun mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan maklumat semasa mengenai isu global. Kita kini hanya perlu membuat akaun di Facebook, Friendster, MySpace, Multiply dan Twitter sahaja. Laman web social menjadi pilihan dan popular serta tidak lagi dianggap asing kepada semua golongan lantaran rata-rata masyarakat pelbagai lapisan usia celik teknologi maklumat (IT).

            “Facebook” menjadi laman penyebaran maklumat dan keilmuan sejagat dan rangkaian internet menjadi semakin dekat dengan masyarakat Malaysia khususnya dalam kalangan generasi muda. Fenomena evolusi media baru itu menjadikan dunia tanpa sempadan sekali gus merubah peradaban manusia menuju kepada era modenisasi.

            Oleh yang demikian, golongan pendakwah zaman moden kini berdepan cabaran baru yang lebih sengit apabila sesetengah masyarakat tidak lagi terpikat dengan cara ceramah, khutbah, dakwah seperti berlaku pada tahun 70-an, 80-an dan 90-an seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian bertajuk “Cabaran dakwah, tarbiah zaman IT” oleh Noor Ainulyakin Mohamad Ishak pada 27 Januari 2012. Pendakwah seharusnya menjadi ikon kepada masyarakat serta melambangkan keindahan Islam itu sendiri. Pengguna laman sosial ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur, kebanyakan penggunanya adalah remaja terutamanya pelajar yang mana dikategorikan sebagai orang yang disampaikan dakwah (mad’u).

http://www.sinarharian.com.my/rencana/cabaran-dakwah-tarbiah-zaman-it-1.20459

            Muslim yang menjalankan tugas dakwah Islam mestilah melakukan dakwah dan tarbiyyah bersandarkan dengan ilmu dan pendekatan yang diolah dengan bijaksana agar mencetuskan perubahan kepada diri manusia sebagaimana mafhum daripada Surah An Nahl ayat 125. Diantara contoh dakwah yang dibuat oleh semua muslim adalah dengan kita disiplinkan diri kita untuk berfacebook dengan beradab dalam menulis status serta menggunakan perkataan-perkataan dan gaya bahasa yang yang baik. Setiap muslim seharusnya menggunakan segala kelengkapan dan kemudahan yang ada di dalam Facebook tersebut seperti Wall Post, Notes, Pictures Sharing sebagai medium untuk memberikan penyampaian fikrah dakwah kita kepada pengguna Facebook.

            Selain itu juga, kita boleh kongsikan aktiviti harian kita yang boleh memberi pengajaran kepada orang lain sebagai contoh, berkongsi pengalaman yang baik, disulami dengan ayat-ayat Allah SWT, Hadith Rasulullah SAW dan pengajaran-pengajaran yang baik. Facebook boleh dijadikan sebagai medan penyebaran kalam-kalam Allah SWT dan syakhsiah Rasulullah SAW kerana ia boleh dikongsikan oleh semua pengguna Facebook serata dunia hanya dalam beberapa saat.

            Dr Zaharuddin dalam laporan Utusan Malaysia online yang bertajuk “Capaian dakwah maya lebih meluas” berkata bahawa media baru kini umpama rebut tsunami kerana ia berupaya mempopularkan seseorang serta menyebarkan pengaruh dalam masa yang amat singkat. Beliau juga dilaporkan berkata hamper semua orang mempunyai akaun facebook sendiri, semestinya mereka mempunyai jumlah rakan tersendiri dalam laman sosial tersebut. Oleh itu, setiap status yang dikemaskini akan dibaca oleh setiap rakan kita itu. Oleh itu, pendakwah perlu segera merancang dan mengambil kesempatan daripada kemudahan ini untuk menyebarkan ajaran Islam melalui pendekatan yang santai dan digemari tersebut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

            Strategi yang digunakan untuk menyampaikan dakwah perlulah bersifat fleksibel dan praktikal agar ia mengikut kesesuaian dengan peredaran semasa. Sekiranya kita sebagai pendakwah mampu memanfaatkan laman sosial Facebook dengan memaksimumkan kreativiti, pengisian serta gaya penulisan yang baik, maka ia akan menjadi tarikan kepada pembaca. Facebook juga amat berguna untuk kita sebarkan link blog kita, promosikan setiap artikel dakwah yang kita tulis. 

            Facebook sebenarnya boleh dijadikan medium dalam merapatkan lagi hubungan interaksi sesama kaum serta mendekatkan masyarakat bukan islam dengan agama islam itu sendiri. Ini dibuktikan dengan banyak info maklumat tentang hukum-hukum islam tersebar dalam laman facebook, bahkan ianya dikongsikan oleh mereka. Fenomena ini dapat dilihat dalam akaun laman sosial seseorang yang mempunyai rakan pelbagai kaum sama ada Cina, India mahupun Melayu. Hubungan interaksi antara kaum menjadi semakin rapat dalam alam maya, walaupun secara lumrahnya masing-masing mempunyai perasaan malu untuk bertegur sapa. Melalui laman ini juga konsep gagasan 1 Malaysia dapat direalisasikan.

            Penguasaan Internet terutamanya facebook dalam kalangan golongan berpendidikan agama juga mampu merubah fenomena ‘kegilaan’ masyarakat daripada perkara yang tidak bermanfaat kepada pengetahuan ilmu agama dengan mengislamkan dunia siber.

            Facebook yang menjadi laman sosial kegilaan masyarakat terutamanya golongan muda ni mampu mencipta individu taksub sehingga ada antara mereka seakan tidak senang duduk jika tidak dapat melayari laman sosial itu. Ini dibuktikan apabila dikhabarkan bahawa pengasas facebook, Mark Zuckerberg

akan menutup media jaringan sosial paling popular itu pada pertengahan Mac 2011 menyebabkan pengguna seluruh dunia tergamam menggambarkan betapa besarnya peranan media baru dalam mencorak pemikiran dan pergerakan manusia moden hari ini.

            Facebook merupakan salah satu medium yang mudah tetapi efektif dan tidak memerlukan banyak tenaga, masa dan wang, ini memudahkan kerja dakwah hanya dengan menggunakan hujung jari. Akhirnya, setiap Muslim perlu merebut dan mengambil peluang yang terbuka luas ini  untuk menyebarkan dakwah Islam kepada seluruh umat manusia serta membantu umat Islam agar tidak ketinggalan zaman serta berada di belakang agama lain.

 

 

Advertisements
By muhamadfarel Posted in Dakwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s