“..Saya Menyokong Free Education..”

Sebagai mahasiswa yang masih menuntut di IPT, saya menyokong penuh tindakan sekumpulan mahasiswa untuk menggesa kerajaan agar menghapuskan PTPTN. Seterusnya menggantikannya dengan Free Education kepada semua peringkat pengajian. Ini kerana ia memberi peluang yang lebih besar kepada semua rakyat terutamanya pelajar yang tiada kemampuan untuk meneruskan pembelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.

Namun begitu, apa yang saya ingin tekankan disini adalah kebiadapan ‘mereka’ dalam meng’ekspress’kan perasaan melalui tindakan yang melampau. Dalam Islam, kita ditekankan untuk sentiasa menjaga tingkahlaku, akhlak serta ketinggian akidah dalam semua perkara, hatta ketika ‘Qada hajat’ pun Rasulullah menggariskan panduan yang tertentu, maka kita sebagai mahasiswa yang berintelek seharusnya berfikir sebaik mungkin sebelum melaksanakan sesuatu tindakan.

Disini saya sertakan bingkisan daripada berita yang dilaporkan dalam SinarHarian:

http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-panggil-mendiang-sesama-islam-1.40292

Kita sesama muslim sewajarnya menonjolkan ketinggian budi dan akhlak dalam mempamerkan kecantikan Islam di mata masyarakat seterusnya memperbaiki persepsi terhadap Islam yang dah sekian buruk. Tambahan lagi, motif utama yang bagus pun akan dipandang sepi sekiranya ditempelkan bersama-samanya akhlak yang tiada nilainya. Oleh itu, ayuh sahabat-sahabat semua kita kembali menyapa Sirah Rasul SAW dalam menempa perjuangan menentang pihak yang korupsi serta menindas rakyat dalam banyak hal, namun bertopengkan manusia yang banyak membantu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s