Mengundi dalam Pilihan Raya Umum, memilih pemimpin adalah satu kewajipan

             Sebagaimana yang kita tahu, Islam menekankan serta menitikberatkan soal memilih pemimpin agar urusan dunia muslim berada dalam suasana yang selari dengan Islam. Oleh yang demikian, Islam menetapkan syarat-syarat tertentu yang mesti dipenuhi dalam proses pemilihan pemimpin. Maka, mengundi dalam pilihan raya juga adalah salah satu proses memilih pemimpin yang mesti disertai oleh setiap muslim. Sebagaimana berita yang dilaporkan oleh BeritaHarian pada 26/4/2012, bertajuk “Lebih 2.27 juta daftar sebagai pengundi baru”.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lebih2_27jutadaftarsebagaipengundibaru/Article

Justeru itu, semua muslim harus memainkan peranan agar proses pemilihan pemimpin melalui PRU akan menjadi medan memilih pemimpin yang selari dengan Islam. Seluruh muslim wajib menyatakan sokongan hanya terhadap gerakan atau parti yang menjadikan Al-Quran dan Hadith sebagai dasar dalam perjuangan mereka.

Tidak ketinggalan, selama 20 tahun Kelantan di bawah kepimpinan Islam telah mencipta perkembangan baik di bidang pendidikan Islam. Sehingga merakam kejayaan sistem pengajian Yayasan Islam Kelantan (YIK). Malah turut berkembang sama sistem pengajian tahfiz al-Quran dan sains di bawah Kerajaan Negeri dan swasta. Kesannya telah lahir bijak pandai (intelek) Islam menguasai bidang profesional yang hafal al-Quran.

Berkat daripadanya, wujud suasana kerukunan hidup masyarakat Kelantan dan hubungan harmoni antara kaum––Melayu, Cina, India dan Siam––hidup dengan aman dan sejahtera.YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abd Aziz bin Nik Mat, Menteri 

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman, berkata tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum adalah wajib kepada umat Islam dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan.

Pada zaman Rasulullah SAW dulu, ketika Baginda wafat, waktu untuk pengebumian terpaksa ditangguh sebentar sebelum dikebumikan bagi melantik seseorang yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah.

“Vote Islamic Party”

~ sebarang maklumat tambahan boleh didapati di laman berikut: ~

http://www.blogtokguru.com/panduan-kepimpinan-menghadapi-cabarang-perjuangan-islam/

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=667

http://www.bharian.com.my/articles/UmatIslamwajibundi/Article/

Leave a comment