PRU 13 semakin hampir

Saya ingin membincangkan dan berkongsi pendapat mengenai isu Pilihan Raya Umum 13 yang semakin hampir ini. Pelbagai pihak memberi pandangan serta komen mengenai tarikh PRU 13 itu, namun tarikh sebenarnya hanya akan diketahui setelah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak.

 

>>cadangan untuk tontonan lebih mendalam mengenai tajuk: 

 

Namun begitu, itu bukan isu utama yang saya ingin ketengahkan di sini. Isu utamanya adalah bagaimana adab serta tatasusila kita sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan lemah lembut dan peramah ini menghadapi situasi tersebut.

Bersih 3.0

Sebagaimana yang semua maklum, negara kita baru sahaja menghadapi Bersih 3.0 yang menjadi igauan semua pihak, ada yang berpendapat ia tidak patut diadakan, namun tidak kurang juga pihak yang menyokong demonstrasi tersebut. Namun begitu, penyejuk kepada igauan tersebut adalah apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa yang jelas mengenai demonstrasi itu. Sebagai umat Islam, kita sewajarnya menghormati keputusan fatwa yang dikeluarkan itu.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan

Pada pendapat saya, fenomena yang berlaku kini menimbulkan situasi yang membimbangkan dalam kalangan masyarakat awam khasnya. Ini kerana suasana tersebut menghasilkan ketegangan di antara pihak yang terlibat sama ada daripada pihak pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Masing-masing cuba mempertahankan tindakan mereka dengan mengeluarkan hujah-hujah berkaitan.

Namun, saya sebagai mahasiswa menyeru agar semua pihak berlapang dada agar negara kita sentiasa aman serta dijauhi daripada masalah yang mengundang negara ke arah situasi yang buruk.

Saya terpanggil untuk berkongsi idea dan pandangan bagi memperbaiki masalah yang melanda kini. Kita perlu sedar keamanan yang dikecapi sekarang ini perlu dijaga dengan sebaiknya agar negara terus maju serta di hormati oleh Negara Islam lain.

Isu ketegangan yang berlaku ini dapat dibendung sekiranya wujud tanggungjawab serta toleransi dalam kalangan masyarakat serta pemimpin pro-kerajaan dan pro-pembangkang. Kedua-dua pihak seharusnya mengadakan perbincangan dua hala agar isu-isu berkaitan dapat diselesaikan dengan lebih baik serta sistematik.

Petikan daripada Al-Quran

Sebagai masyarakat matang, kita perlu mempunyai kesedaran bahawa pentingnya menjaga keamanan Negara yang dikecapi kini. Sebagai konklusinya, saya menyarankan agar semua pihak merujuk Al-Quran dan As-Sunnah sebagai kayu pengukur dalam semua isu yang timbul lebih-lebih lagi mahasiswa perlu cerdik memilih pilihan yang tepat pada PRU 13 nanti kerana merekalah yang akan menggantikan kepimpinan negara nanti.

Advertisements

One comment on “PRU 13 semakin hampir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s