Seminar Kaunseling Di UPM – Keusahawanan menjadi aspek utama dalam pembinaan pelajar al-Abrar

Seminar untuk pelajar-pelajar sekolah juga disediakan ketika Karnival itu. Aspek keusahawanan dijadikan tajuk utama dalam seminar tersebut. Slot itu disampaikan oleh Haji Annas Ahmad yang merupakan Presiden Majlis Belia Malaysia MBM. Beliau menyatakan bahawa ciri-ciri keusahawanan yang penting terbahagi kepada 5 bentuk, iaitu usaha, kepakaran, hubungan, pasaran dan nasib.

Beliau juga berkata, MBM turut memainkan peranan dalam meningkatkan keupayaan usahawan belia di Malaysia. di akhir sesi tersebut, beliau menyatakan bahawa setiap usahawan perlulah mempunyai identity sendiri dalam melaksanakan kerjaya sebagai usahawan serta perlu sentiasa berpegang dengan pepatah “ Jangan tipu orang, jangan aniaya orang.”.

Seminar tersebut diteruskan lagi dengan slot Pengenalan Program Tawaran Universiti Putra Malaysia UPM oleh Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Akademik UPM, Encik Asbullah Mohd Yusof. Beliau menjelaskan tentang cara untuk memilih kursus yang sesuai berdasarkan pencapaian keputusan peperiksaan kepada pelajar. Beliau turut menyarankan kepada pelajar agar memilih UPM sebagai institusi yang tepat untuk sambung belajar kerana UPM mempunyai hampir 100 program pengajian pelbagai tahap di 17 fakulti. Program pengajian di UPM juga mendapat pengiktirafan daripada badan-badan professional seperti Lembaga Jurutera Malaysia, Majlis Optik Malaysia, Lembaga Jururawat Malaysia dan sebagainya.

Selain itu, seminar diteruskan lagi dengan slot bersama Ikon. Ikon ini dibawa khas oleh penganjur kepada peserta seminar kerana beliau merupakan OKU pekak dan bisu serta merupakan Presiden Orang Pekak Negeri Sembilan. Ikon tersebut adalah Puan Sariah, lulusan daripada Open Universiti Malaysia OUM. Namun itu tidak mematahkan semangat beliau untuk menjadi seorang pakar psikologi dan kaunseling. Beliau turut terlibat dalam bidang perniagaan, serta mempunyai syarikat sendiri yang diberi nama Barokah Enterprise.

Kelainan yang beliau cuba tonjolkan dalam menyampaikan ceramah adalah beliau hanya menggunakan bahasa isyarat kepada peserta, tapi ada pembantunya yang mentafsirkan setiap pergerakannya. Ini dapat menarik perhatian dan menyentuh jiwa peserta-peserta yang hadir ke seminar tersebut. Beliau menyatakan sebagai OKU, beliau menghadapi pelbagai dugaan dan ujian, terutamanya apabila berdepan dengan masyarakat.

“Dunia saya sepi” kata beliau, merentap jiwa peserta, dek kerana persepsi buruk masyarakat terhadap golongan OKU. Oleh itu, beliau menyeru agar peserta daripada kalangan pelajar ini merubah tanggapan sedemikian. Ini kerana OKU juga mempunyai nilai dan perasaan yang sama dengan orang yang sempurna tapi mereka mempunyai sedikit kekurangan berbanding mereka yang sempurna.

Beliau menambah, masalah paling besar dalam hidup OKU adalah komunikasi. Kadang-kadang mereka susah untuk berkomunikasi dengan masyarakat, kerana masyarakat susah untuk memahami kehendak yang ingin disampaikan oleh mereka. Oleh yang demikian, beliau menyeru agar masyarakat belajar dan bertoleransi dengan golongan OKU ini dalam ertikata membantu golongan OKU untuk berdepan dengan suasana realiti kini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s