“Mahasiswa perlu lebih bertanggungjawab”

                 Setelah lama mahasiswa dan mahasiswi berjuang menuntut hak mereka dalam berpolitik dan akhirnya kerajaan telah meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) pada 19 April lalu dengan membenarkan mahasiswa untuk berpolitik. Justeru itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Berita Harian Online bertajuk “Pindaan AUKU: Mahasiswa perlu lebih bertanggungjawab” pada 26 April 2012 menyeru agar mahasiswa lebih bertanggungjawab dan tidak menyalahgunakan kebebasan berpolitik seperti yang dibenarkan dalam Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 (AUKU) untuk tujuan politik yang tidak sihat. Laporan lanjut boleh didapati di link berikut:

Timbalan Perdana Menteri

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PindaanAUKU_Mahasiswaperlulebihbertanggungjawab/Article/

            Ini merupakan kejayaan semua pihak terutamanya kerajaan kerana berusaha untuk memperbaiki serta memenuhi permintaan mahasiswa dan mahasiswi dalam ertikata untuk melahirkan golongan mahasiswa yang berkredibiliti. Sebagaimana yang kita tahu, golongan mahasiswa merupakan golongan yang akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang. Oleh itu, mereka seharusnya diberi peluang lebih awal untuk memahami selok belok pemerintahan negara.

            Walaupun terdapat segelintir pihak yang mahu mengekalkan AUKU tanpa pindaan namun semestinya mereka mempunyai alasan yang tersendiri yang harus juga kita hormati. Namun begitu, kejayaan ini merupakan satu titik penting dalam perjalanan meningkatkan taraf pemikiran mahasiswa supaya bebas daripada kongkongan sesetengah pihak.

            Oleh itu, semua mahasiswa semestinya bersyukur serta berterima kasih kepada semua pihak terutamanya Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah berusaha melakukan perubahan dalam AUKU tersebut demi keselesaan mahasiswa itu sendiri.

            Mahupun begitu, mahasiswa sewajarnya menggunakan peluang tersebut dengan sebaik mungkin agar ia tidak disalahguna untuk tujuan yang membawa keburukan kepada masyarakat amnya. Untuk itu, saya menyarankan agar kerajaan meletakkan garis panduan yang jelas kepada mahasiswa supaya hasrat murni kerajaan ini menjadi pemangkin dalam melahirkan golongan yang berfikiran kelas pertama.

            Pindaan yang dibuat oleh pihak kerajaan itu didorong oleh dua sebab utama seperti mana yang dinyatakan oleh Dato Saifuddin Abdullah iaitu, untuk melaksanakan hak mahasiswa yang dijamin Perlembagaan Persekutuan serta untuk meningkatkan penyertaan mereka dalam proses membuat keputusan. Penyertaan golongan terpelajar ini harus dilaksanakan dengan kadar segera agar proses transformasi politik boleh berlaku untuk menghasilkan suasana politik yang lebih matang dan kondusif. Kesannya mahasiswa didedahkan dengan definisi berbentuk praktikal mengenai demokrasi. Laporan tambahan boleh didapati di link dibawah ini:

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah.

http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/saifuddin-abdullah/akhirnya-mahasiswa-boleh-berpolitik-1.44106

            Pendedahan ideologi-ideologi politik yang berbeza akan menggalakkan mahasiswa berfikir dengan lebih kritikal dan terbuka dalam menilai untuk kebaikan bersama. Keintelektualan mahasiswa akan lebih terserlah kerana mereka bebas untuk menyatakan sokongan terhadap perkara-perkara yang baik walaupun ia datang daripada pembangkang.

            Walaupun begitu, mahasiswa sentiasa sedar akan tujuan utama mereka di institusi pengajian iaitu untuk menuntut ilmu dan menimba sebanyak mungkin pengalaman sebagai bekalan hidup selepas ini. Golongan ini wajar membuktikan kepada semua bahawa kebenaran berpolitik yang diberikan bukanlah satu keputusan yang salah, serta ia merupakan pemangkin dalam mencorak kejayaan mereka.

            Namun kebebasan tersebut haruslah disertai dengan batasan agar ia tidak memberikan kesan buruk terhadap bidang pendidikan seterusnya kepada masyarakat. Oleh yang demikian, peluang ini seharusnya difikirkan dengan serius oleh mahasiswa kerana ini membuka peluang untuk kita memilih calon pemimpin yang berwibawa serta berkemampuan untuk menjadi pelapis kepada negara nanti.

            Akhir kata, mahasiswa mestilah menggunakan peluang yang diberikan ini untuk menjadi golongan yang memacu negara kearah yang lebih baik serta menjadi penggerak dalam melakukan transformasi yang lebih baik. Apapun, saya berkeyakinan bahawa pindaan itu perlu diterima dengan rasional dan hati yang lapang oleh semua pihak agar hasrat murni kerajaan memberi kebebasan berpolitik kepada pelajar dapat dilaksanakan sebaik mungkin serta menjanjikan kebaikan kepada semua pihak.

untuk maklumat lanjut mengenai komen daripada pemimpin negara kita, bolehlah layari laman dibawah ini:

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MahasiswaIslamperluproaktifgunakebebasanberpolitik/Article/

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MindaPengarang_Kebebasanpelajarberpolitikjangansampaiabaitanggungjawab/Article/

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kenapilihpolitik/Article/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s