“..Himpunan Post FB Tuan Guru Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat..

—->>> disini antara post-post daripada Facebook TGNA:

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saya berdoa dengan umur yg masih berbaki yg dipinjamkan oleh Allah SWT ini agar dapat meneruskan usaha memperjuangkan Islam sebagai cara hidup di negara ini. Semoga karat-karat sekular semakin menipis, dan semoga Allah SWT terus memberikan keizinan kepada saya utk menyebarkan ilmu agama, sekalipun ilmu yg saya miliki hanyalah sekadar ‘sekulit etak’. Terima kasih kepada kakitangan pejabat saya yg memberikan kejutan mengadakan jamuan kesyukuran ulang tahun kelahiran saya selepas mesyuarat exco pada hari ini….

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎”Alhamdulillah, polisi yang kita laksanakan di Kelantan mendapat sambutan yang baik di kalangan rakyat negeri ini. Inilah satu lagi keunikan rakyat Kelantan, iaitu mereka tidak pernah gerun untuk melakukan perubahan politik. Mereka tidak boleh diubah dengan wang ringgit dan habuan rasuah dan mereka juga tidak boleh diumpan dengan projek serta tender. Inilah keunikan Kelantan yang pernah saya sebut sebagai Universiti Politik Terbuka.”

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Kelantan Taste, 23 April 2011.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎[admin] Allah SWT tidak mengekalkan kerajaan yang memerintah selama-lamanya, sama ada adil atau zalim, yang kekal hanya kerajaan Allah yang mencipta dan memiliki seluruh alam. Kerajaan yang silih berganti adalah ujian menunaikan amanah dalam kehidupan dunia. Kerajaan yang adil menjadi teladan, kerajaan yang zalim menjadi iktibar.

Peranan Media wajib menjadi saksi yang adil kepada rakyat, menyatakan yang benar dan meyebarkannya dan mengkritik membina dan akhirnya mendedahkan kesilapan dan kezaliman, mengambil peluang fadilat sabda Rasulullah S.A.W. : ”Jihad paling besar pahalanya ialah menyatakan yang benar kepada kerajaan yang zalim “.

Kalangan ulama soleh menegaskan;”Orang yang diam menyembunyikan yang benar adalah syaitan bisu”. – Presiden PAS.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Umur adalah pinjaman daripada Allah SWT, satu masa nanti ia Akan ditanya olehNya, lakukanlah yg terbaik utk masa depan kita di akhirat denagn bekalan yang ada, terima kasih kpd semua pihak yg sentiasa mendoakan saya..

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎”Sebagai manusia, perlu kita sedar bahawa kudrat kita terbatas. Mata kita ada batas untuk melihat, lalu kita guna teropong dan cermin mata. Telinga kita ada batas untuk mendengar, lalu kita guna telefon untuk mendengar suara yang jauh. Tenaga kita ada batas, kita gunakan alat-alat tertentu untuk mengangkat barangan yang berat. Demikianlah juga alam akhirat yang tidak dapat kita lihat dan rasai, lalu kita gunakan al-Quran sebagai alat bantu untuk kita lihat, dengar dan rasa alam akhirat.”

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Medan Ilmu, 4 Febuari 2011.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Kelmarin, satu perhimpunan diadakan oleh sekumpulan individu di hadapan Kota Darulnaim, mereka mengangkat sepanduk dan berdemonstrasi tentang isu air yang sudah lama diberikan penjelasan tentangnya… Kerajaan negeri tidak menghalang, dan mereka berdemonstrasi sehingga selesai… saya kira, mungkin dalam isu ini para mufti ingin bersuara tentang haramnya perhimpunan aman.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saya berpesan kepada semua pimpinan masyarakat umat Islam, jagalah tiga perkara ini… pertama, jangan merokok. Kedua, solat berjemaah, lazimilah ia di masjid maupun madrasah.. dan ketiga, jika ada pertemuan dengan masyarakat seperti majlis ceramah dan sebagainya, adakanlah pada waktu solat, agar dapat bersolat bersama dengan masyarakat, jika ceramah selepas isyak contohnya, pergilah solat isyak berjemaah bersama-sama masyarakat dan teruskanlah program… insya-allah, perjuangan akan diiringi keberkatan oleh Allah..

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Pihak yang berkuasa di dunia hanyalah berkuasa untuk sementara sahaja kerana yang benar-benar berkuasa ialah Yang Maha Kuasa iaitu Allah SWT, justeru hndaklah mana2 pihak yg berkuasa d dunia selari dgn kehendak Yang Maha Kuasa kerana satu masa nanti yg berkuasa d dunia dan yg tidak brkuasa akn sama2 dhadapkn ke mahkamah Allah SWT, ingatlah sesiapa shj yg brgelar pihak yg brkuasa

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎”Orang yang putus hubungan dengan Tuhan seperti wau yang putus tali. Walaupun wau yang putus tali mungkin nampak hebat, ke kiri, ke kanan dan terbang tinggi ditiup angin namun itu tidak lama, ia akan jatuh. Berbanding dengan wau yang bertali, ia terkawal dengan tali yang mengikatnya. Begitu juga bandingan manusia yang putus hubungan dengan Tuhan dengan manusia yang terikat dengan Tuhan.”

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Medan Ilmu, 12 Febuari 2010.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎[admin] “Boleh ambil BR1M, tapi undi ‘bulan'” – Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Baru pulang dari lawatan kerja meninjau kesan fenomena ombak besar di Pantai Irama Bachok. Insya-allah kerajaan negeri akan melakukan sedaya upaya untuk mengembalikan semula keindahan pantai…. cuma saya terlintas di hati, jika begini dahsyatnya kemaraan ombak besar di dunia, bagaimana pula dengan huru-hara apabila berlakunya kiamat yg menghancurkan semua benda? Semoga Allah menjadikan kita semua di kalangan orang2 yang dirahmatiNya apabila berlakunya huru-hara kiamat……

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎”Dalam perjuangan ini, idola kepada para pejuang ialah Rasulullah SAW. Sebagaimana Rasulullah SAW merupakan seroang yang bersifat dengan sifat fatonah (cerdik), demikianlah kita sebagai seorang pejuang, perlu bersifat dengan fatonah. Fatonahnya kita ialah dengan mempelajari semula sejarah Rasulullah SAW dan melaksanakan dalam kehidupan kita pada hari ini…” – Petikan ucapan YAB Tuan Guru MB Kelantan di Majlis Pelancaran Pendaftaran 100 Ribu Ahli PAS di PUTIK, Pengkalan Chepa pada 16 Disember 2011.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎[admin] “Kita mempunyai tugas dan kerja besar yang perlu dilakukan. Ibarat bermain bola, jangan sibuk mencabut kemuncup yang lekat di seluar atau stokin; teruskan mainan sehingga selesai perlawanan ini. Tumpuan kepada usaha memenangi perlawanan menyebabkan kita tidak akan terasa adanya kemuncup di seluar dan stokin. Jangan leka mencabut kemuncup sehingga gol terlopong tanpa penjaga.

Jika ada pemain yang dilihat semakin tidak menjadi team player dan menyusahkan seluruh pasukan kerana beliau tidak setuju dengan taktik 4-4-2 yang diputuskan, jurulatih pasukan terpaksa bertindak untuk menegur, dan sekiranya keadaan tidak berubah, menggantikannya dengan pemain lain yang lebih bersifat team player. Ini terpaksa dilakukan supaya pasukan itu dapat memfokuskan segala tenaganya untuk menembus gawang gol lawan daripada membazirkan masa menjawab dan memotivasikan pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana beliau lebih sukakan 6-4-0…” – Dato Tuan Ibrahim Tuan Man

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎[Tazkirah] “Kasihnya Allah SWT kepada kita sehingga disiapkan bumi dengan segala kelengkapannya sebelum dijadikan manusia di bumi. Sepertimana kita yang ingin menerima menantu, kita adakan majlis kenduri dengan segala persiapan seperti khemah, lauk-pauk sehingga kepada air basuh tangan disediakan untuk rombongan menantu yang tiba di hari perkahwinan.

Ini menunjukkan sanjungan kita kepada rombongan menantu yang bakal tiba, demikianlah juga kasih Allah SWT bahkan ia jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kasih kita kepada bakal menantu…”

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Kg Tapang, KB 6 Januari 2011.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎”MCA tidak faham Islam, justeru kerana itu mereka menolak hukum yang termaktub dalam syariat Islam. Bukan setakat MCA, UMNO sendiri pun tidak faham Islam. Jika UMNO faham Islam, mereka tidak akan menolak perjuangan menegakkan syariat Islam..”

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Sidang Media. 27 Januari 2011.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎[admin] Kefahaman mengenai hudud di antara pemimpin MCA dan DAP jauh berbeza, di mana MCA sampai ke peringkat menghina, sebaliknya DAP hanya mempertikai aspek perlembagaan sahaja.

Buktinya Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini mendakwa pelabur akan meninggalkan Malaysia dan negara bakal berhadapan dengan kemusnahan jika hukum hudud dilaksanakan.

Sebaliknya pemimpin DAP terutamanya pengerusinya Karpal Singh sebelum ini hanya sekadar menganggap hudud bercanggah dengan perlembagaan.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎”Perlu diingatkan bahawa Islam merupakan anugerah daripada Allah SWT. Ia merupakan satu pemberian dan kemuliaan daripada Allah SWT. Menolak Islam dan menerima sekular sebagai idealogi seperti yang dilakukan oleh UMNO pada hari ini bererti menolak kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT. Hakikatnya, UMNO jaga Islam pun tidak, menjaga Melayu pun jauh sekali.”

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, MBSA, Selangor 19 Febuari 2011.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎[Tazkirah] “Kita hidup di dunia ini bukan setakat nak hidup sahaja tetapi nak hidup biar sampai ke akhirat. Kita bekerja biar sampai ke akhirat, kita bertani biar sampaii ke akhirat bahkan kita berpolitik biar sampai ke akhirat. Macam mana nak sampai ke akhirat, kalau semasa kita buat kerja ni tak pernah fikir tentang akhirat?”

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Medan Ilmu, 23 April 2010.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎[admin] Beberapa orang anggota masyarakat bukan Islam yang ditemui Malaysiakini di Kota Bharu menolak pandangan bahawa undang-undang hudud yang telahpun diluluskan di negeri itu akan menjejaskan kegiatan ekonomi mereka.

“Awal tahun ini, kedai emas (di hadapan kedainya) telah dirompak. Sebab itulah sekiranya undang-undang hudud ini dikuatkuasa, orang akan berfikir dua kali sebelum melakukan rompakan,”

“Memanglah bunyinya sangat kejam (potong tangan). Tapi sekiranya seorang mangsa ragut terjatuh dan cedera parah, ia akan memberi kesan mendalam kepada keluarga… Mungkin lebih teruk,” – Puan Gan (Non-Malay & Non-Muslim)

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎[Tazkirah] “Saintis Barat hari ini berlumba-lumba untuk menjalankan kajian benih tumbuh-tumbuhan. Benih-benih dijaga begitu elok untuk menghasilkan tanaman yang bermutu. Jika benih tumbuh-tumbuhan pun dijaga demikian rupa, kenapa tidak ‘benih tamadun’ iaitu manusia? Lantaran itu, didiklah anak-anak dengan jagaan iman dan taqwa, kerana dari ‘benih’ inilah akan lahirnya tamadun ummah, Insya Allah..”

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Balai Islam Lundang 22 Mei 2010.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎[Tazkirah] “Kita tentunya lebih mulia dari binatang ternakan. Jika lembu dilepaskan di padang ternak itupun kita tidak lepas saja-saja, pastinya ada rumput yang boleh diragut dan dimakan. Jika lembu pun kita lepaskan di tempat yang ada makanan, demikian juga Allah SWT ‘lepaskan’ kita di dunia, ada ‘makanan’ untuk kita iaitu al-Quran. Orang yang menolak al-Quran ialah mereka yang menolak ‘makanan rohani’ yang telah disediakan oleh Allah SWT.”

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Medan Ilmu, 11 Mac 2011.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎[Tazkirah] “Bila sebut Allah, Allah itulah yang buat langit yang kita junjung, bumi yang kita pijak dan udara yang kita gunakan. Allah itu jugalah yang buat bangsa-bangsa yang ada di dunia ini, tujuannya untuk berkenalan-kenalan antara satu sama lain bukannya untuk bermegah-megah dengan darah keturunan kita…”

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di hadapan kaum Tionghua, Kerdau, 25 Febuari 2011.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎[admin] “Kebangkitan Islam sekarang telah berlaku di seluruh dunia. Ia tidak boleh disekat, umpama sebiji bola yang ditekan ke dalam air, semakin ia ditekan, semakin ia akan melantung naik… kuatkan hubungan dengan Allah, tahajjud jangan ditinggal, kalau boleh menangis, menangislah di hadapan Allah SWT….” – sedutan ucapan YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am di Majlis Perasmian IJtima’ Tarbawi Pilihanraya PAS 2011 di Taman Melewar pada 10 Disember 2011

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sehari dua ini, hangat juga cerita Ustaz Budak yang didakwa berceramah dan mengaitkan saya, kononnya saya “Nabi.” Ada pihak pula yang ‘putar’ dalam internet tentang ceramah itu. Justeru ada bemacam-macam ulasan.

Saya turut menjawab perkara ini bila ditanya wartawan. Di sini saya ulangi:

“Saya hendak jawab begini, kalau orang menyamakan saya dengan Nabi adalah kufur. Sama juga, orang Islam tolak Islam, ia kufur. Sama ada tolak Islam itu diganti dengan demokrasi atau kebangsaan. Serupa jugalah.”

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎”Saya tegaskan sekali lagi bahawa perpaduan akan tercapai jika semua pihak menerima Islam sebagai asas dan al-Quran sebagai panduan. Alangkah sedihnya di dalam mencari penawar terhadap perpecahan ummah ini, ramai yang masih meraba-raba dalam kegelapan, mencari cahaya sedangkan di tangan sendiri sudah ada lampu suluhnya…”

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Balai Islam, 17 Mac 2011.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎[Tazkirah] “Atom yang begitu kecil itu ada pasangannya. Wayar elektrik pun ada pasangannya yang disebut sebagai negatif dan positif. Jika dipasang dengan cara yang betul, lampu akan menyala. Jika tidak, wayar itu boleh terbakar. Begitu juga dengan lelaki dan perempuan, jika dipasangkan dengan yang tidak baik, dapat anak zina, lalu anak-anak ini dibuang. Benda ini berlaku kerana pasang tak betul. Islam datang untuk mengajar bagaimana memasang atau menyatukan manusia dengan cara yang betul iaitu perkahwinan dengan nama Allah…”

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Medan Ilmu, 16 Julai 2010.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎”Ideologi sekular tidak akan sampai ke akhirat sekalipun diselitkan dengan istilah-istilah yang kelihatan islamik. Ia umpama menaiki bas dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur tetapi berhenti setakat Gua Musang sahaja. Sekular hanya sampai ke dunia sahaja, ia tidak boleh dibawa ke akhirat, hanya Islam yang boleh dibawa ke akhirat…”

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎”Barisan Nasional sering gunakan slogan jangan gadai masa depan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mengundi Pakatan Rakyat. Saya nak ingatkan, masa depan kita yang sebenarnya ialah akhirat. Jika tidak ingin menggadaikan masa depan, ertinya hendaklah fikir tentang kepentingan akhirat. Amatlah tidak betul jika menyebut tentang masa depan tetapi dalam masa yang sama menggadaikan kepentingan akhirat”

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Sidang Media, 17 April 2011.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎”MCA tidak faham Islam, justeru kerana itu mereka menolak hukum yang termaktub dalam syariat Islam. Bukan setakat MCA, UMNO sendiri pun tidak faham Islam. Jika UMNO faham Islam, mereka tidak akan menolak perjuangan menegakkan syariat Islam”

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Sidang Media, 27 Januari 2011.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎”Saya sangat-sangat kecil hati bila orang Melayu sendiri tolak Islam dalam keadaan orang Cina dan India sudah mula terima kebenaran Islam. Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil satu hari nanti Cina dan India menjadi pembela Islam. Bila berlaku begitu, lebih baik berketuakan mereka yang bukan Melayu tetapi bertaqwa sebagai pemimpin daripada berketuakan Melayu yang karut…”

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Ceramah Umum, 20 Mei 2010.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎[admin] “Mukallaf ini Umno tak peduli. Kerana apa? Kerana Umno ini dasarnya kebangsaan. Agama kemudian. Jadi mana mukallaf? Umno sudah buang satu kerja yang ditetapkan oleh Allah bahawa tiap-tiap manusia bila akil baligh mesti buat ini, dan mesti tinggal itu.

“Dalam Umno, sebab dia singkir Islam dan ambil kebangsaan, maka tidak ada mukallaf. Sebab itu timbul rasuah, timbul dadah, pecah rumah, rompak, jual bayi, timbul macam-macam perkara kerana rakyat di bawah pemerintahan Umno sudah hilang brek. Kereta tak ada brek. Kereta lumba pun ada brek,”

“Brek ialah takwa kepada Allah. Tiap-tiap manusia Allah bekalkan dengan nafsu. Ada nafsu amarah dan nafsu-nafsu lain.

“Nafsu amarah, kerja dia turut nafsu. Apa sahaja yang nafsu nak, kena buat. Breknya apa? Tak ada.

“Sebab itu Allah suruh bertakwa. Melayu ke kamu, Cina ke, India ke, Orang Asli ke, kena bertakwa. Ini brek. Brek ini ialah bila ada rasa sayang kepada Allah.

“Mahu tidak mahu, Melayu khususnya Melayu muslim kena ingat, takwa kepada Allah ialah brek untuk mengikat nafsu amarah,” katanya sambil mengingatkan, syurga dan neraka tetap wujud sama ada manusia yakin atau tidak dengan kewujudannya.

“Syurga, neraka ini bukan projek kerajaan, projek Allah,” – Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎[Tazkirah] “Ilmu itu tumpang menumpang, murid menumpang ilmu guru, guru juga turut menumpang kebijaksanaan muridnya. Itulah dia ‘taawun’ iaitu saling mengambil manfaat antara satu sama lain”

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Teratai, 17 Mei 2010.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎[admin] “Tuan-tuan boleh bertanya masyarakat Cina Kelantan, adakah saya selaku ketua kerajaan mengkhianati mereka sama ada dari segi ekonomi, agama, kebudayaan, sosial dan sebagainya?

“Tuan-tuan tidak boleh menerima bulat-bulat maklumat yang tidak tepat dari orang tertentu tanpa merujuk sendiri dari masyarakat bukan Islam di negeri ini,” – Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎[admin] “Datangnya 1Malaysia seakan-akan Malaysia sebelum ini tidak bersatu. Peliknya UMNO bila melaungkan 1Malaysia, dalam masa sama mengagungkan Ketuanan Melayu. Bagaimana bangsa lain boleh terima? Ini satu bentuk pertentangan yang ketara. Saya lebih yakin kepada satu pemikiran dan satu halatuju. Halatuju itu ialah bahagia di dunia dan bahagia di akhirat..”

Petikan ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa ditemuramah Dr Abdul Muati Ahmad dan Dr Hamisah Zaharah Hassan dari UPM, 24 Mei 2010.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎[Tazkirah] “Hidup ni kena serikan juga dengan gurau senda. Kadang-kadang silap faham kita bila tok lebai bergurau dengan isterinya, kita kata bukan-bukan kononnya tak layak bagi tok lebai bergurau senda hatta dengan isterinya. Ni silap besar menyebabkan hidup ini ni tidak rasa seri..”

Petikan Kuliah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Medan Ilmu, 28 Mei 2010.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎[Tazkirah] “Jika kita ingin membuat pertemuan dengan seseorang yang mempunyai pangkat, ia bukan kerja yang mudah. Pertamanya mungkin kerana kerja yang banyak dan kedua ialah ego. Jikapun kita berpeluang untuk jumpa, ada had masa dan perkara-perkara yang dilarang untuk diberitahu. Namun bertemu dengan Allah SWT yang Maha Besar, Maha Hebat amat mudah. Tanpa syarat, tanpa had masa, siang dan malam kita boleh berbicara denganNya. Pertemuan dengan Allah SWT ini kita lakukan di dalam solat kita..”

Tazkirah ringkas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabat Menteri Besar pada 10 Jun 2010.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎[Tazkirah] “Bila kita berugama, dengan sendiri kita akan rasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang memerhati, ada Allah SWT yang sedang memantau. Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita dari terus lakukan dosa. Tanpa adanya yakin seperti ini, manusia akan hilang brek. Kalau kereta hilang brek, ia akan terjun gaung. Tapi kalau manusia hilang brek, dia akan terjun neraka..”

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di sidang media, 30 Jun 2010.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎[admin] “Kelantan sejak sekian lamanya bukan sahaja tidak diberi keadilan dalam laporan media arus perdana, sebaliknya sering menjadi bahan fitnah. Pelbagai program kebajikan yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan tidak pernah diberikan liputan yang adil sebaliknya dicari ruang kelemahan sekalipun kecil namun diperbesarkan untuk memberikan gambaran negatif. Sikap ini tidak ubah seperti lalat yang hanya gemar hinggap di tempat yang kotor dan menyebarkan penyakit..” – Petikan ucapan YAB Menteri Besar Kelantan di majlis Perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam di Kota Bharu tengah hari tadi.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎”Tuan-tuan pemain bolasepak, saya pemain politik.. walaupun berbeza bidang, tapi asas peraturan tetap sama iaitu nak menang tidak boleh dengan jalan tipu. Dalam bolasepak, nak jaringkan gol tidak boleh guna tangan, tidak boleh offside… dalam politik pun begitu, nak menang pilihanraya tidak boleh tipu undi, tidak boleh rasuah… jika menang juga dengan cara tipu, atas dunia boleh menang, tapi akhirat tetap disoal oleh Allah SWT…” – YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan sewaktu majlis penyampaian saguhati kepada pemain-pemain bolasepak Kelantan di Dewan Teratai, Kota Darulnaim pad 3 November 2011

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎[Tazkirah] “Allah SWT telah gariskan segala peraturan untuk kita patuhi di dunia dan ganjarannya akan diberikan di akhirat hanya jika peraturan itu dipatuhi. Sebagaimana kita mengupah tukang rumah untuk bina rumah, kita sudah sediakan pelan seperti yang kita kehendaki. Jika tukang rumah tidak buat sebagaimana pelan yang disediakan, kita tidak akan bayar. Begitu juga Allah SWT, bagaimana Allah nak ‘bayar’ kita dengan ganjaran jika kita tidak patuh pada pelan Allah?”

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Medan Ilmu, 4 Mac 2011.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎”Alhamdulillah, saya melihat fobia terhadap PAS sudah terhapus di kalangan bukan Islam. PAS sebelum ini dijadikan sebagai hantu oleh UMNO untuk menakutkan golongan bukan Islam. Hantu itu sudah tidak dipercayai lagi kewujudannya, bahkan jika ia wujud, UMNOlah hantunya. Tinggalkan UMNO dengan labu-labu kebangsaannya, PAS perlu terus melihat ke hadapan mengorak langkah memperkenalkan Islam yang sebenar. Saya optimis, jika masyarakat non muslim berjaya memahami Islam yang sebenar, Insya Allah pisau-pisau perkauman yang sekarang galak diasah oleh Barisan Nasional akan tumpul dengan sendiri..”

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Putik, 9 Jun 2010.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎[Tazkirah] “Perbezaan yang paling besar di antara manusia dengan makhluk yang lain ialah ilmu. Manusia diberikan kebolehan untuk diajar dan mengajar. Binatang ternakan contohnya, boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya, tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain. Berbeza dengan manusia, sedikit ilmu yang diperolehinya mampu dikembangan dengan lebih meluas..”

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Majlis Penyerahan Sijil MSC Malaysia Status Inkubator Kepada ICT Inkubator Centre Sdn Bhd, 23 Mac 2010.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎[Tazkirah] “Jika kereta rosak, mekanik yang akan membaikinya, jika tubuh badan bermasalah, doktor yang akan mengubatinya. Jika kehidupan manusia bermasalah, maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk. Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah SWT sebagai Tuhan tapi enggan merujuk kepada syariat Allah bila berdepan dengan masalah..”

Tazkirah ringkas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pejabat MB pada 24 Mei 2010

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎”..Allah menciptakan di dunia ini orang-orang kurang upaya untuk menjadi ujian kepada orang yang sempurna. Di akhirat kelak akan ditanya, setakat manakah kita orang-orang yang cukup upaya ini menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang upaya. Sebab itu, saudara-saudara kita yang kurang upaya sedikit untung kerana terlepas daripada soalan ini di akhirat nanti. Manakala yang sempurna tubuh badan pula perlulah pastikan duit yang dia ada pada hari ini sedikit sebanyak dia peruntukkan untuk beli pahala lain selain beli lauk-pauk, beras dan keperluan hidup…”

 Ucapan bersempena lawatan ke Yayasan Kurang Upaya (YOKUK), Pengkalan Chepa pada 9 Mei 2010.

 Nik Abdul Aziz Nik Mat 

 ‎”Kita tanam lada, 40 hari dapat hasil, boleh jual. Tanam terung, dua tiga bulan dapat hasil. Tapi keuntungan tidak besar kerana itu hanya projek kecil-kecilan. Jika projek yang lebih besar seperti tanam getah, bukan 40 hari tapi memakan masa bertahun. Semakin besar projek tersebut, semakin besar untungnya. Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling besar. Untungnya sangat besar jadi padanlah dengan menunggunya begitu lama iaitu selepas mati baru mendapat hasil…”

 Ucapan di Kuliah Medan Ilmu 30 Julai 2010.

Nik Abdul Aziz Nik Mat 

 ‎”Jika anak-anak kita akan menghadapi peperiksaan, kita akan berpesan kepadanya, jawab sebagaimana yang cikgu ajar. Jika betul, lulus. Jika salah jawabnya gagal. Di akhirat kelak, peperiksaan di hadapan Allah SWT nanti juga memerlukan kepada jawapan yang sama dengan cikgu ajar. Cikgu itu ialah Rasulullah SAW yang diutuskan oleh Allah SWT. Jawab seperti yang cikgu ajar, syurga balasannya. Gagal menjawab seperti yang diajar cikgu, nerakalah balasannya…”

 Tazkirah di Majlis Iftor Bersama Pegawai dan Pengetua Sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan di Dewan YIK, Nilam Puri pada 12 Ogos 2010.

Nik Abdul Aziz Nik Mat 

 ‎”Islam mengajar penganutnya agar meyakini bahawa semua manusia ini berasal dari bapa yang sama iaitu Adam. Walau apapun warna kulit, manusia sebenarnya bersaudara atau adik beradik kerana datang dari sulbi yang sama. Sebutlah apa nama bangsa sekalipun, ia tetap merupakan anak cucu kepada Nabi Adam. 

 Justeru, langsung tidak timbul soal bangsa dan warna kulit di dalam Islam. Bangsa, bahasa dan warna kulit tidak lain hanyalah merupakan unsur atau ciri untuk membezakan manusia. Oleh yang demikian, ia tidak patut dijadikan punca manusia bersengketa antara satu sama lain. Sekalipun secara fitrahnya manusia tentulah menyintai bangsanya sendiri lebih daripada bangsa yang lain, namun cinta dan kasih itu tidaklah menghalalkan dirinya untuk melakukan kezaliman dan ketidakadilan kepada bangsa yang lain…”

 Ucapan di Majlis Perasmian “Seminar Hubungan Muslim – Non Muslim Dalam Konteks Malaysia” 3 Jun 2010, Hotel New Pasific, Kota Bharu.

Nik Abdul Aziz Nik Mat 

 ‎”..Kita pergi ke kedai, minum air dan makan nasi, tiba-tiba enggan untuk bayar, nescaya kita akan dimarahi kerana mahu makan percuma. Itu baru air dan nasi. Apakata pula jika kita sebagai manusia duduk di dunia, bernyawa dengan udara Tuhan, melihat dengan mata yang Allah SWT bagi, mendengar dengan telinga serta bercakap dengan mulut yang diberikan Allah, tiba-tiba kita mahu semuanya dengan percuma tanpa buat kerja untuk Allah SWT?”

 Ucapan di Kuliah Medan Ilmu, 2 Julai 2010.

Nik Abdul Aziz Nik Mat 

 ‎”…Sejk 50 tahun yang lampau, kita tidak pernah lekang menyebut hakikat ini di hadapan rakyat jelata. Jatuh bangun kita sepanjang melalui jalan politik ini tidak pernah menjauhkan kita walau sedikit dari matlamat utama memperkenalkan Islam yang tulen kepada masyarakat. Kita mengajak rakyat untuk meyakini bahawa dunia ini diciptakan oleh Allah SWT dengan manusia bertaraf penumpang walau sebesar manapun pangkat dan kuasanya. Kita juga menyeru rakyat agar meyakini bahawa selepas hidup ini akan tiba kehidupan yang lain iaitu hari kiamat. Di sinilah tempat di mana segala amalan manusia akan dibalas tanpa ditinggalkan sedikitpun oleh Hakim Yang Maha Adil iaitu Allah SWT…”

 Ucapan Majlis Perasmian “Seminar Hubungan Muslim – Non Muslim Dalam Konteks Malaysia” Pada 3 Jun 2010 bertempat di Hotel New Pasific, Kota Bharu.

Nik Abdul Aziz Nik Mat 

 ‎”Pilihanraya ini ialah salah satu urusan hidup manusia, tujuannya ialah untuk memilih pemimpin. Nabi sendiri pun berebut untuk menjadi pemimpin, berlawan dengan Abu Jahal. Sehingga Baginda berhijrah ke Madinah semata-mata untuk menjadi pemimpin dengan tujuan menegakkan agama Allah. Justeru, tugas kita bekerja dengan tujuan menjadi pemimpin ini sesuatu yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW..”

 Ucapan di Ceramah Umum di Felda Chempelak Barat DUN Tenang pada 27 Januari 2011.

 Petikan Buku “Koleksi Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 2011”. Dapatkan di http://ukmb.my/

Nik Abdul Aziz Nik Mat 

 ‎”Bila kita susah, kadang-kadang orang benci pada kita. Pada masa itu, kita lebih rapat dengan Tuhan. Sebab tu orang susah merupakan orang yang rapat dengan Allah SWT. Kerana itu, saya sangat-sangat gembira jika dapat duduk bersama dengan orang-orang yang susah yang doa mereka lebih mudah diterima kerana rapatnya mereka dengan Allah SWT….”

 Sidang Media selepas Konvensyen Armalah Kelantan 2010 pada 8 Julai 2010 bertempat di Putik, Pengkalan Chepa.

Nik Abdul Aziz Nik Mat 

 ‎”Wujudnya industri perlombongan emas di Kelantan, saya sebagai Menteri Besar sangat merasa cemas. Tiada harta pun saya cemas, ada harta pun saya cemas. Jika tiada harta, boleh jadi rakyat mencuri dan merompak. Ada harta pula boleh menyebabkan rakyat tidak peduli kepada masjid dan surau kerana terlampau leka. Justeru, hendaklah harta yang ada dikendali dengan taqwa…”

 Ucapan di Majlis Makan Malam meraikan Jokong Mas Kelantan di Hotel Grand River View pada 23 Julai 2010

‎”Blogger ni ada yang berwatak semut yang hanya pergi ke tempat yang manis. Ada yang berwatak lalat yang pergi ke tempat manis dan juga tempat busuk. Ini kerana blogger pun manusia yang punya nafsu. Nafsu ni tidak boleh dikaji di makmal dan tidak boleh dilihat dengan mata. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab blogger dan juga kita mengawal nafsu biar selari dengan ajaran Allah SWT…”

 Ucapan di Majlis Pelancaran Facebook Rasmi Nik Abdul Aziz Nik Mat di Perdana Resort pada 6 Febuari 2010.

 ‎[admin] PAS menerima hakikat masyarakat majmuk dan menjadikannya peluang keemasan bagi memperkenalkan NEGARA BERKEBAJIKAN yang berkonsep ADIL UNTUK SEMUA, dengan kepimpinan Islam yang menekankan perpaduan kaum berasaskan persaudaraan kemanusiaan yang diwajibkan oleh ISLAM.

 Ciri Kepimpinan Dalam Negara Berkebajikan;

 1- Iman (Beriman kepada Allah, hari akhirat, para malaikat dan para nabi)

 Iman juga asas dan syarat kepada amal kebajikan. Kebajikan tanpa iman terdedah kepada sifat menipu dan tidak berakhlak seperti zalim dan menyalahgunakan kuasa dan sebagainya, kerana amalannya tidak ada roh perhitungan dosa dan pahala.

 2- Amal Soleh

 Dalam ertikata mempunyai hubungan dengan Allah dengan menunaikan ibadat sembahyang, zakat dan sebagainya; dan dalam hubungan sesama manusia seperti memberi nafkah kepada keluarga, membantu mereka yang memerlukan bantuan seperti orang-orang miskin, anak-anak yatim dan sebagainya.

 3- Akhlak

 di antara akhlak yang mulia ialah bersabar menghadapi kesusahan diri sendiri seperti sakit dan sebagainya serta sabar dalam perjuangan. Menunaikan janji dengan sesiapa sahaja termasuk perjanjian dengan orang bukan Islam.

 4- Al Quwwah

 Iaitu mempunya kekuatan, kemampuan dan kemahiran menjalankan tugas.

 Seterusnya, pemimpin Negara Berkebajikan perlulah:

 1- Mendirikan sembahyang.

2- Menunaikan zakat.

3- ‘Amar Ma’ruf. – menyuruh yang baik

4- Nahi Mungkar. – mencegah kemungkaran.

 Ptikan dari Buku Konsep Asas Negara Berkebajikan – YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

 “Ambil wudhuk tidak perlu banyak, tetapi biar sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki…”

 Tazkirah ringkas di pejabat Menteri Besar pada 10 Jun 2010.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

 ‎”Walaupun malam gelap dan di bawah meja, semua kerja-kerja sulit akan didedahkan apabila kita berhadapan dengan Allah SWT di akhirat kelak. Baik manusia hebat mana pun, semuanya akan didedah rahsianya nanti. Keyakinan seperti ini boleh menyebabkan manusia terbantut untuk buat maksiat..”

 Ucapan di Himpunan Penjawat Awam Kota Darul Naim pada 1 Julai 2010.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

 ‎”..Bulan Ramadhan ini disebut sebagai bulan hidayah, sekalipun hidayah datang mencurah-curah, jika tidak ditadah dengan hati yang bersih, ia tidak akan memberikan apa-apa manfaat. Umpama hujan yang turun dengan lebat dari langit, tetapi jika tidak ditadah dengan bekas atau tempayan, ia hanya akan berlalu begitu sahaja. Justeru, BERSIHkanlah kan hati untuk menadah hidayah di bulan Ramadhan…”

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎”Pejuang-pejuang Islam sangat beruntung kerana di bulan Ramadhan, al-Quran yang mereka tadarus itu merupakan dasar mereka sendiri. Ini bererti mereka sedang membaca dasar-dasar perjuangan mereka yang termaktub di dalam al-Quran. Pejuang-pejuang sekular contohnya, teramat rugi kerana tidak mempunyai kitab untuk mereka tadarus. Jika mereka tadarus al-Quran sekalipun, kitab itu tidak mereka jadikan sebagai dasar. Sebab itu, menjadi seorang pejuang Islam benar-benar satu tuah yang diberikan oleh Allah SWT…”

 Tazkirah Zohor di hadapan wakil-wakil rakyat di JKR10 pada 12 Ogos 2010.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

  1. “Lawak jenaka!”, Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2. Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadhan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak.

3. Apa yang peliknya, ada akhbar yang boleh membuat cerita bahawa cadangan ini timbul kerana dijangka Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke penjara ekoran kes liwatnya yang sedang dibicarakan. Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?

4. Setakat itulah sahaja saya ingin memberikan respon tehadap ‘lawak jenaka’ media masa terbaru milik UMNO / Barisan Nasional ini.

 Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan.

  Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

01 Ogos 2011

Nik Abdul Aziz Nik Mat 

 ‎”Perjalanan kita masih panjang, noktah perjuangan kita masih jauh. Namun, tanda-tanda kemenangan sudah kelihatan. Walaupun guruh di langit bukan menandakan hujan akan turun, namun sekurang-kurangnya telah ada harapan untuk menyaksikan kemarau berakhir. Lantaran itu, ingin saya ingatkan sekali lagi bahawa masa depan ialah bersama Pakatan Rakyat di dalam membina Malaysia yang baru.”

 Perasmian Muktamar Tahunan Dewan-dewan Tahunan PAS Pusat pada 9 Jun di PUTIK.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

‎”Saya yakin insya Allah, fajar yang cerah pastinya akan menerangi kegelapan malam. Jika rakyat Mesir dan Tunisia boleh menjatuhkan diktator di negara masing-masing, saya tidak sedikitpun syak dengan kebijaksanaan rakyat negara ini untuk menukar teraju negara satu hari nanti, insya Allah. Syaratnya sediakan padang demokrasi yang adil dan saksama, jangan khianat dan jangan melakukan pencabulan terhadap keadilan, insya Allah kita akan saksikan perubahan ini.”

 Ucapan di Majlis Perasmian Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa – Jaminan PAS di Dewan Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), Selangor. 19 Febuari 2011.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s