“..Perjuangan yang belum selesai..”

Kini ramai yang berbicara mengenai isu Syiah yang meresapi gerakan Islam yang tidak asing lagi dalam arena politik Malaysia ini. Namun begitu, banyak perspektif yang boleh dilihat, walaupun begitu terdapat segelintir pihak yang suka kepada kontroversi dan publisiti murahan cuba untuk mendapat tempat melalui isu ini.Image

Mereka lebih suka menggunakan kaedah mengkritik membabi buta tanpa mendapatkan jalan penyelesaian yang lebih baik. Bukti? Hujah? dipandang sepi oleh mereka-mereka ini, kerjanya hanyalah mencari publisiti murahan yang mana ia merosakkan jemaah itu sendiri, senang cerita, parasit.

“Revolusi Islam Iran, 1979” merupakan suatu perkara yang tidak dapat ditandingi kehebatannya sehingga kini. Revolusi ini berjaya merubah Iran daripada sebuah kerajaan monarki kepada kerajaan republik berteraskan Islam. Revolusi ini tercetus akibat proses pembaratan dan pensekuleran masyarakat oleh Raja Iran iaitu Syah Iran. Syah Iran yang terkenal dengan pak turut negara barat cuba untuk menerapkan modenisasi yang disedut daripada barat. Ini menyebabkan tentangan mula ditunjukkan oleh golongan ulamak Islam Syiah. Golongan ulamak ini menjalankan kempen penentangan terhadap proses pembaratan ala barat itu yang mana penentangan tersebut diketuai oleh Ayatollah Khomeini.

Kempen Ayatollah mudah mendapat tempat dihati masyarakat kerana semangat ketaksuban yang kuat dalam diri pengikut Syiah. Inilah permulaan revolusi Islam yang disebut-sebut itu.

  Revolusi ini merupakan revolusi yang amat unik kerana kejayaannya mengejutkan seluruh negara dunia. Ia dikatakan sebagai sesuatu yang unik kerana kejayaanya bukanlah berpunca daripada kekalahan dalam peperangan, krisis kewangan ataupun pemberontakan golongan bawahan mahupun tindakan ketenteraan seperti revolusi-revolusi lain dalam sejarah bertulis manusia. Revolusi ini mampu merebahkan sebuah kerajaan yang berkuasa dengan kuasa tentera dan hebat. 

                Revolusi ini menyaksikan tokoh gerakan tersebut iaitu Ayatollah Khomeini dijulang sehingga kini. Isu syiah atau ASWJ yang dibawa oleh revolusi ini bukan menjadi perbincangan khas disini, apa yang paling utama adalah revolusi ini mencetuskan polemik bahawa bukan barat sahaja mampu menjadi kuasa besar dunia. 

Sejarah membuktikan bahawa Islam pernah menguasai sepertiga dunia sebelum ini. Kehebatan golongan berasaskan Islam ini seharusnya menjadi ikutan dan sumber inspirasi oleh semua penggerak gerakan Islam kini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s