Blog dan Media Baharu Perantara Ulama dan Masyarakat

Dr Maza

Sebagaimana yang kita tahu, ulama sejak daripada dahulu lagi, memainkan peranan yang penting dalam membentuk jiwa masyarakat ke arah kehidupan yang Islami. Ini kerana ulama merupakan tempat rujukan kepada masyarakat dalam perkara-perkara yang berlaku seharian.

Kini, pengajian serta pencarian ilmu hanya boleh dilakukan melalui jaringan internet khususnya blog. Asasnya, sukar untuk dibandingkan kelebihan pengajian bertalaqqi dengan guru dengan ilmu yang diperoleh serta disampaikan melalui internet. Namun paling tidak, pencarian ilmu melalui internet mempunyai beberapa kelebihan yang tidak dapat dinafikan seperti penyebarannya lebih meluas dan capaiannya pada bila-bila masa sahaja dan boleh diakses di semua tempat. Ini memudahkan kepada kita untuk membuat rujukan kembali dalam perkara yang berkaitan.

minda_tajdid

            Oleh yang demikian, ulama harus mengambil peranan dan berusaha untuk menyinari teknologi moden ini dengan pengisian mendidik minda dan jiwa ini, mendekatkan manusia dengan penciptanya, dan memberi sinar panduan kepada manusia dalam erti kata tunduk mentaati perintah-Nya.

Dr Zaharuddin

Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman menyatakan dalam bukunya yang bertajuk, Ledakan Facebook Antara Pahala dan Dosa, bahawa terdapat tiga laman web bercorak agama yang paling popular di dunia adalah Islam Web, Islam Way dan Islam Online. Beliau menambah, laman-laman ini mencatatkan pelawat harian mencecah ratus ribu dan juta, dan ianya jauh lebih popular daripada web berita Malaysiakini. Bahkan “page Facebook” DrMaza.com di“likes” hampir 111 000 pengguna laman sosial itu.

Buku Dr Maza

Perkara ini membuktikan bahawa blog, web serta laman sosial menjadi tempat rujukan dan bahan bacaan oleh masyarakat sejagat. Menurut ——— yang merupakan mahasiswa daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berkata, dia sentiasa menjadikan internet seperti blog dan Facebook sebagai medium untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu-isu agama, serta dia menjadi pengikut setia blog DrMaza.com. Dia menambah lagi, blog Dr.Maza menyajikan maklumat serta pandangan beliau berkaitan isu-isu semasa yang lebih kontemporari serta cepat dalam memberi respon. Oleh yang demikian, ulama sewajarnya mengambil pendekatan yang efektif dengan membuka akaun Facebook dan blog untuk memudahkan jaringan penyebaran ilmu kepada masyarakat sebagaimana sifat Nabi Muhammad yang sentiasa bersama rakyat untuk menjawab persoalan dan berkongsi ilmu dengan mereka.

dr

Tambahan lagi, ulama sebagai ilmuwan Islam merupakan rujukan dalam soal hukum, dan orang awam sentiasa mengharapkan pandangan-pandangan mereka dalam pelbagai isu yang berkaitan. Perkara ini dibuktikan lagi dengan fenomena pendapat-pendapat berkaitan isu semasa yang tiada sumbernya di laman-laman web serta laman sosial. Oleh yang demikian, para ulama perlu meletakkan diri mereka dalam laman-laman ini selaras dengan kedudukan mereka sebagai ulama yang menjadi sumber rujukan. Ini kerana pendapat mereka semestinya berdasarkan analisa ilmiah dan kitab yang sahih. Justeru itu, penyebaran maklumat yang tiada sumbernya dapat dikurangkan dan seterusnya dihapuskan.

Masyarakat kini memerlukan panduan dan didikan daripada para ulama dalam membawa mereka ke arah sinar Islam yang sebenarnya. Oleh kerana kurangnya para ulama terlibat dalam media baharu, masyarakat menggunakannya berdasarkan “fatwa” sendiri, seterusnya menimbulkan salah faham serta masalah yang memudaratkan diri dan agama juga. Contohnya, pengguna blog dan Facebook terutamanya wanita kadang-kadang terlebih upload gambar ke laman sosial tersebut. Lumrahnya, semakin dipuji kecantikan mereka, semakin banyak diupload masuk dalam laman sosial ditambah lagi dengan gaya, aksi dan fesyen-fesyen yang pelbagai. Menurut ———, mahasiswa Universiti Malaya menyatakan bahawa perlunya ulama menceburkan diri dalam internet seperti membuka akaun blog dan Facebook ini agar ilmu agama dapat diperluaskan penyebarannya.

Ledakan Facebook Antara Dosa dan Pahala ustaz zaharuddin

Kesimpulannya, blog dan media baharu boleh dijadikan sumber pahala dan rahmat Allah sekiranya ia digunakan dengan tatacara yang betul. Namun begitu, ia juga boleh dijadikan pemudah azab apabila digunakan tanpa ilmu dan had. Oleh yang demikian, media baharu umumnya dapat menjadi perantara antara ulama dan masyarakat dalam ertikata untuk mempertingkatkan pengetahuan umat Islam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s