” PRU 13 : Peranan setiap Undi “

Parti yang akan bertanding

Parti yang akan bertanding

” Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa disisi kita ada malaikat yang memerhati, ada Allah SWT sedang memantau…Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa…tanpa ada yakin seperti ini manusia akan hilang brek…kalau kereta hilang brek, ia akan terjun gaung, tapi kalau manusia hilang brek, dia akan terjun Neraka” _ Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz B Nik Mat _ Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia & Menteri Besar kelantan Darul Naim (1990 until Now)

Kini, semua mengetahui bahawa negara kita akan menghadapi PRU13 dalam beberapa hari lagi, PRU kali ini dikatakan akan menempa sejarah baru dalam ketamadunan Malaysia. Ini kerana Pakatan Rakyat berpendapat mereka akan berjaya menguasai kerusi parlimen Malaysia seterusnya membentuk kerajaan baru menggantikan BN yang telah memerintah Malaysia selama 55 tahun lebih.

Pelbagai kata-kata dan ucapan yang diuarkan oleh pihak masing-masing, namun apakah peranan dan fungsi kita sebagai pengundi yang akan menentukan masa depan negara tersayang ini. Ada pihak menyatakan kita perlu mempertahankan kerajaan BN agar bangsa melayu terus diperjuangkan serta diambil berat oleh kerajaan. Ada juga pihak yang berpendapat, sokong Pakatan Rakyat agar jaminan bangsa melayu dan Islam lebih terjaga dan selamat serta mendapat pengiktirafan yang lebih baik daripada sebelum ini.

Pendapat anda?

Apa pilihan anda?

Apa pilihan anda?

Oleh yang demikian, kita perlu berhati-hati dalam membuat pilihan kerana ia melibatkan masa depan dan hak yang kita akan dapat selepas ini. Namun bagi orang Islam, jangan lupa masih ada sesuatu yang kita perlu renungkan, adakah pihak yang akan mendapat undi kita nanti akan melaksanakan syiar Islam nanti setelah membentuk kerajaan? adakah prinsip dan dasar parti mereka selari dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad? ini kerana, kita perlu sedar bahawa setiap apa yang kita lakukan akan dipersoalkan oleh Allah di hari pembalasan nanti. Wahai Muhamad, apa pilihan kamu pada PRU 13, adakah pihak yang membawa syiar Islam atau pihak yang membawa dasar kebangsaan?

renung sejenak

Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan adalah urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid ,Nabi Muhammad s.a.w sendiri ahli agama, politik, panglima perang dan menteri kewangan serta menteri sosial – TGNA

Pada permulaan Nabi Muhammad dilantik menjadi rasul oleh Allah, baginda diwahyukan dengan ayat yang pertama iaitu Iqra dengan makna bacalah. Apa yang boleh dimaksudkan disini bahawa, kita sebagai umat Nabi Muhammad perlu menyiasat dan menyelidik sesuatu perkara sebelum meletakkan sesuatu kepercayaan. Dalam konteks PRU 13 ini, kita perlu berfikir dengan baik dan merujuk ulama agar pilihan yang akan kita buat nanti selari dengan konsep Islam bahkan ia menguntungkan umat Islam sendiri. Sebagaimana yang kita maklum, tiada siapa yang akan kekal berkuasa di dunia ini, setiap daripada kita akan hancur dan kembali kepada Allah, oleh itu, janganlah kita ego dan bangga dengan setiap perbuatan kita, kerana semua ini hanyalah pinjaman

Islam bukan barang mainan,tapi islam ini milik Allah. Bumi ini milik nya maka kenapa kita berani mengetepikan Allah dalam kehidupan _ Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz B Nik Mat Menteri Besar Negeri Kelantan & Mursyidul AM Partai ISLAM Se-Malaysia

PILIHLAH YANG BERTEPATAN DENGAN SYIAR ISLAM!

PILIHAN SAYA

PILIHAN SAYA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s