KES DERA KANAK-KANAK SEMAKIN MENJADI-JADI

Kini, di dada-dada akhbar tempatan kerap kali berita mengenai penderaan kanak-kanak dilaporkan contohnya, laporan Berita Harian Online bertajuk “Ibu tendang bayi sudah dipenjara” menyatakan rakaman 19 saat memaparkan tindakan kejam wanita berusia 20-an, memukul bayi perempuan yang sedang menangis. Isu tersebut menjadi perhatian masyarakat kerana ia melibatkan akhlak, mentaliti serta masalah penderaan anak-anak oleh ibubapa sendiri. penderaan kanak-kanak Ia umpama masalah yang terus dibiarkan berlaku tanpa penyelesaiannya yang tepat. Kebanyakan masyarakat beranggapan bahawa penderaan kanak-kanak hanya melibatkan keganasan fizikal. Namun, penderaan fizikal hanyalah salah satu daripada bentuk penderaan terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak boleh dicederakan melalui penderaan emosi, penderaan seksual dan pengabaian tanggungjawab.

Menurut Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-kanak Malaysia 2001 menyatakan bahawa kanak-kanak adalah sesiapa yang berumur di bawah usia 18 tahun. CRC menegaskan bahawa kanak-kanak juga mempunyai hak untuk hidup dengan sempurna. Semua hak ini saling berkait-rapat dan sama penting kerana setiap hak ini adalah hak mutlak terhadap maruah dan perkembangan harmoni setiap kanak-kanak tanpa mengira usia, jantina atau agama.

Kebiasaannya penderaan jenis ini terselindung disebalik kesamaran pengetahuan masyarakat itu sendiri, dan akhirnya menyebabkan orang ramai kurang mengambil tindakan untuk menolong kanak-kanak terbabit daripada penderaan tersebut. Minda masyarakat kita yang terlalu bersangka baik juga menjadi punca masalah ini terus berlarutan sehingga kini, kerana kita biasanya menganggap hanya orang jahat sahaja mendera kanak-kanak dan orang baik tidak. Namun begitu, kita mesti sedar bahawa bukan semua pendera itu jahat dan sengaja mencederakan anak mereka. stop hurting us Sesetengah pendera itu, mungkin mangsa yang pernah melalui penderaan juga, dan dia tidak tahu cara lain untuk mengasuh atau melayan kanak-kanak. Selain itu juga, sesetengah daripada mereka pula mungkin mengalami masalah kesihatan mental, ketagih alkohol dan dadah atau masalah peribadi lain yang mendorong melakukan tindakan seperti itu. Walaupun kebiasaannya sesetengah kanak-kanak didera oleh orang yang tidak dikenalinya, namun begitu, mangsa penderaan mengenali pendera mereka. Malah kadang-kala pendera tersebut merupakan orang yang dipercayainya. Pendera tersebut juga mungkin terdiri daripada ahli keluarga, atau orang yang rapat dengan keluarga dan kanak-kanak terbabit. Penderaan kanak-kanak juga boleh berlaku dalam mana-mana jenis keluarga, tanpa mengira latar etnik, bangsa, budaya, agama ataupun status ekonomi. Kadangkala, ianya berlaku dalam keluarga yang sempurna bahkan memiliki kisah berbeza di sebaliknya. Perkara ini perlu dipandang serius kerana kanak-kanak merupakan asset penting dalam pembinaan negara kita. Sebagaimana yang kita maklum, golongan inilah yang akan menjadi pemimpin negara kita nanti, dan sekiranya mereka dididik dengan suasana yang tidak baik, maka natijahnya, kita semua juga yang akan merasainya. stop child abuse Tambahan lagi, negara kita juga akan mengalamai masalah kehilangan potensi insan kerana kanak-kanak yang didera besar kemungkinan tidak berupaya memenuhi potensi sepenuhnya untuk menyumbang kepada masyarakat serta kerosakan terhadap ekonomi negara akibat kehilangan produktiviti di dalam tenaga kerja. Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa masalah ini boleh diselesaikan dengan sebaiknya, namun cara dan kaedah yang sesuai perlu diaplikasikan. Justeru itu, saya menegaskan bahawa semua pihak sama ada pihak kerajaan mahupun masyarakat amnya harus memberi kerjasama yang utuh dalam membasmi keadaan tersebut daripada terus berlaku agar negara kita terus menikmati keamanan dari semua sudut.

Jalan penyelesaianya yang jelas adalah dengan merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah sebagaimana dalam Surah at-Tahrim ayat 6, Allah berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka. Sabda Nabi Muhammad S.A.W. “Sebaik-baik manusia antara kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat pada orang lain.” Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Jelas dalam ayat tersebut, kita diseru supaya menjauhkan diri kita dan keluarga daripada api neraka, maka untuk itu, kita perlu mendidik ahli keluarga dengan sebaik-baiknya. Oleh sebab itu, sebelum kita bergerak ke arah perubahan maka diri kita sendiri perlu diperkasakan dahulu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s