“..Himpunan Post FB Tuan Guru Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat..

—->>> disini antara post-post daripada Facebook TGNA:

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saya berdoa dengan umur yg masih berbaki yg dipinjamkan oleh Allah SWT ini agar dapat meneruskan usaha memperjuangkan Islam sebagai cara hidup di negara ini. Semoga karat-karat sekular semakin menipis, dan semoga Allah SWT terus memberikan keizinan kepada saya utk menyebarkan ilmu agama, sekalipun ilmu yg saya miliki hanyalah sekadar ‘sekulit etak’. Terima kasih kepada kakitangan pejabat saya yg memberikan kejutan mengadakan jamuan kesyukuran ulang tahun kelahiran saya selepas mesyuarat exco pada hari ini….

Continue reading

Advertisements

FaceBook Menjadi Kegilaan Remaja Kini

           

            “Facebook” merupakan laman sosial paling popular dalam kalangan remaja sekarang. “Facebook” bertujuan untuk memudahkan penggunanya berhubung secara lebih aktif dengan semua sahabat-sahabat dan ahli keluarga mereka serta berkongsi gambar-gambar yang dimuat turun dalam laman sosial itu. Pengguna juga boleh menyuarakan pandangan serta komen yang melambangkan pendirian mereka terhadap sesuatu perkara. Itu menepati citarasa fitrah setiap manusia, yang mana ia menjadi factor utama “Facebook” menjadi laman social pilihan masakini.

Continue reading

By muhamadfarel Posted in Dakwah

Islam dan Yahudi

“Hadirnya Islam menempis semua halangan serta batasan dalam hidup manusia. Islam tidak mementingkan perbezaan warna kulit, perbezaan saiz badan serta melebihkan sesuatu bangsa daripada bangsa lain. Islam datang dengan membawa petunjuk dan pedoman kepada seluruh manusia. Oleh yang demikian, Islam boleh tersebar serta diterima oleh seluruh manusia, kerana keterbukaan yang ada dalam Islam itu sendiri. Sebagaimana artikel yang dikarang oleh mantan Mufti Perlis, iaitu:

Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia. Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi dan menghukum hanya kerana perbezaan agama.

Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan Yahudi atau beragama Yahudi. Permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi Muhammad SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka.

Continue reading

By muhamadfarel Posted in Dakwah

Soal jwb UAI malam ni: 26 soalan kesemuanya.

Kini gelombang penceramah terkenal menjadi ikutan segolongan muda mudi yang meminati gaya penyampaian beliau ketika menyampaikan kuliah. Watak penyampaian yang lebih santai dan penuh dengan lawak jenaka ini menarik minat ramai pendengar untuk mengikuti kuliah yang disampaikan oleh beliau. Setiap kali ceramahnya, mesti dipenuhi oleh pendengar yang datangnya dari serata tempat. Di kesempatan ini, saya menerbitkan balik soalan-soalan yang ditanya oleh penonton kepada beliau semasa malam tahun baru lepas, beliau tidak lain lagi, iaitu Ust Azhar Idrus. 
 

Jom, sama-sama hayati dan halusi perbincangan ini.

Soal jwb UAI malam ni: 26 soalan kesemuanya.

1. Orang laki2 takleh pakai perhiasan perempuan. rantai leher perempuan cthnya. “Allah melaknat lelaki pakai pakaian perempuan.” Sembahyang sah wlpn pakai emas. Sembahyang ditulis pahala, pakai yang salah (rantai emas tadi)ditulis dosa.

Pakai sebab sayang kat GF pun ada (haram):BF: U malam2 pakai baju apa?GF: I malam2 baju kelawar.BF: I kelawar jugak.

Continue reading

By muhamadfarel Posted in Dakwah