KES DERA KANAK-KANAK SEMAKIN MENJADI-JADI

Kini, di dada-dada akhbar tempatan kerap kali berita mengenai penderaan kanak-kanak dilaporkan contohnya, laporan Berita Harian Online bertajuk “Ibu tendang bayi sudah dipenjara” menyatakan rakaman 19 saat memaparkan tindakan kejam wanita berusia 20-an, memukul bayi perempuan yang sedang menangis. Isu tersebut menjadi perhatian masyarakat kerana ia melibatkan akhlak, mentaliti serta masalah penderaan anak-anak oleh ibubapa sendiri. penderaan kanak-kanak Ia umpama masalah yang terus dibiarkan berlaku tanpa penyelesaiannya yang tepat. Kebanyakan masyarakat beranggapan bahawa penderaan kanak-kanak hanya melibatkan keganasan fizikal. Namun, penderaan fizikal hanyalah salah satu daripada bentuk penderaan terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak boleh dicederakan melalui penderaan emosi, penderaan seksual dan pengabaian tanggungjawab. Continue reading